Sunday, December 19

Photo Contest: My Bestfriend Forever!!




click on the banner or the title to go to the contest entry! ^_^





Kita orang start berkawan sejak darjah 1. Zaman hingus meleleh cikgu tolong lap kan (tipu! cikgu pon tak nak lap kan! hehe). Yang peliknya, masa umur 5 tahun, kita orang masuk tadika yang sama tapi kita orang tak kenal pon. Sebab kelas lain kot, dia area dalam rumah (tadika tu dibuat di sebuah rumah) and aku area luar rumah. Aku dapat fresh air! Hehehe. And the most interesting part is, parents dia berkawan dengan ayah aku sebab dia orang 1 tempat kerja. Omg, comel kan anak anak tak kenal satu sama lain (budak lagi kot!).
Kita orang start rapat masa darjah 2 sebab masuk sama kelas. Nama dia start huruf Z, masa darjah 1 kena masuk kelas ke-4, kelas last. Aku huruf M dapat kelas ke-2. Naik darjah 2, ikut keputusan periksa la kan. Dari darjah 2- darjah 4 kita orang stay 1 kelas, jadi 1 geng. Naik darjah 5, aku pindah sekolah. Sampai darjah 6, kita orang masih keep in touch lagi la. Memang banyak je bil telefon sorang sorang. Yela sama sama banyak cakap, bercerita non stop.
Naik je sekolah menengah, terus kita orang lost contact sebab dia masuk SMKA (asrama). Peh memang tak terlintas langsung la nama dia dalam kepala otak time tu. Tak teringat dia wujud! At last, masa akhir form 2, dia start contact aku balik. Hahaha comel kan, dia ingat aku tau! Walaupun lain lain sekolah, kita orang baik ah jugak. Naik form 4, kita orang baik sangat sangat! Kenapa ntah, aku pon tak tahu. Yang sedihnya, geng zaman sekolah rendah kita orang dulu macam buat tak endah je dengan kit a org. Ye la, masing masing dah ada bestfriends baru kan. Sekarang ni pon, tak dapat sambung belajar sama U. Tapi masih rapat lagi la. Hehe. Thanks Z, sebab tak pernah lupa aku walaupun kau tersangat berjaya! *panjang gila cite ni., haih*

Aku rasa dia bestfried aku sebab dia tak lupakan aku. Serious. Sejujurnya aku tak ingat birthday dia bila. Aku jenis pelupa tahap teruk gila. Dulu time Facebook belum wujud, aku terpaksa contact kawan sekolah dia untuk tahu / ingat balik birthday dia. Tapi dia? Sentiasa ingat! Otak dia memang bijak tau! Jeles I! Hehe.
Aku rasa dia bestfriend aku jugak sebab dia sentiasa ada bila aku susah dan senang, time aku gembira and sedih, semua time la.


Hehehe tu je la kot ape aku nak cerita. Panjang gila dah kot. Kena stop!

ok tarikh tutup penyertaan 31 Disember ni ye! ^_^

1 comment:

Siti Noraisyah said...

Thanks for joining dear..^^
Gud Luck k!